QP Industries Sdn Bhd, anak syarikat Protasco Trading Sdn Bhd telah dijemput oleh Prolintas Group untuk turut serta menjayakan rakaman rancangan dokumentari terbitan RTM iaitu
Panorama. QP Industries Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat kontraktor serta pengeluar bahan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Guthrie Corridor Expressway (GCE). Untuk sesi
rakaman tersebut, QP Industries Sdn Bhd menjalankan demonstrasi penggunaan Infrared Asphalt Heater Recycling Machine bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Mesin berteknologi tinggi ini
bukan sahaja menjimatkan masa, malahan mudah dikendalikan serta memaksimumkan penggunaan bahan dan meminimumkan penggunaan pekerja dengan keupayaan mengitar
semula asphalt yang sedia ada.