“Tahan pudar dan warna yang cerah” adalah antara maklum balas positif yang diterima daripada penyelenggara bangunan korporat Protasco Berhad. Bangunan ini telah diselaputi dengan cat getah inovasi istimewa yang diterajui oleh Lembaga Getah Malaysia.

Protasco, sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menerapkan aktiviti lestari di dalam setiap aspek perniagaan, amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak LGM sebagai pengguna pertama cat mesra alam ini.

Penggunaan cat getah mesra alam ini telah mendapat liputan dan disiarkan dalam rancangan khas ‘Agrotek’ melalui saluran RTM 1 pada 13 Julai 2019 yang lepas. Segala maklum balas dan pembangunan yang lebih lanjut berkenaan usahasama ini telah dikongsi di dalam rancangan tersebut.

Sila klik pautan berikut untuk menonton episod lengkap Agrotek, 13 Julai 2019;

https://myklik.rtm.gov.my/vod.php?id=2835