Pada 26 Ogos 2019, para Pelajar Diploma Pengajian Malaysia 2 (MPU 2163) IUKL telah menganjurkan Pertandingan Treasure Hunt Kemerdekaan 2019 (THK2019) bersempena Hari Kebangsaan yang ke-62.

Aktiviti ini bermatlamat untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan perpaduan dalam kalangan pelajar IUKL. Selain daripada menekankan aspek kerjasama dan tolak ansur, aktiviti ini juga membantu pelajar untuk berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Aktiviti ini telah disertai oleh semua pelajar yang mendaftar subjek Pengajian Malaysia 2 yang dibahagikan kepada 7 kumpulan. Ms Nalinah a/p Poongavanam, Pengarah Center of Foundation & General Studies (CFGS) telah menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.