Pada 29 Jun 2018, Masjid Ikram IUKL dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan majlis Tazkirah Muamalah berkenaan pengurusan kewangan Islam yang bertajuk “Riba Cinta Terlarang”. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Meeftah Anuar, Penolong Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).