Pada 27 Mei yang lalu, sambutan hari raya Aidilfitri diteruskan oleh Divisyen Hartanah dan Pembinaan (“Property & Construction”). Ini juga merupakan majlis hari raya pertama mereka setelah pejabat mereka berpindah ke bangunan korporat pada akhir Mac tahun ini. Sambutan dimeriahkan dengan juadah yang disediakan dan dimasak sendiri oleh para staf.