Proscar 2017 yang telah melabuhkan tirai pada 19 September 2017 memperlihatkan dua permainan baru yang dipertaruhkan iaitu Gusti Lengan dan Dart selain daripada sukan-sukan yang biasa dianjurkan. Buat kesekian kalinya Pasukan Scorpion mengekalkan kejuaraan untuk edisi 2017. Syabas juga buat semua pasukan Eagle, Jaguar dan Wolf atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.