Park Inn by Radisson Putrajaya telah menyantuni anak-anak dari Rumah Bakti Nur Ain dan anak-anak Allahyarhamah Puan Norazlina Jaafar dan Allahyarham En Basir Abu Bakar, serta warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah melalui Iftar Ramadan tahun ini. Majlis yang bermakna ini diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Ifa Raziah dan juga Amy Nur Tinie yang turut sama menyantuni tetamu istimewa Park Inn pada hari tersebut.