Masjid IKRAM, IUKL dengan kerjasama Protasco Berhad telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana pada 20 Mac 2025. Majlis tersebut berjaya menghimpunkan kakitangan, pelajar, dan tetamu jemputan terutamanya kanak-kanak dan penjaga dari Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain untuk berkongsi kemesraan dan kegembiraan bersama-sama. 

Acara dimulakan dengan ucapan aluan dan ucapan, diikuti dengan penyampaian khas bantuan kewangan kepada kakitangan Protasco yang memerlukan. Tidak lupa juga bantuan untuk anak-anak dari Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain.

Kemudian, tetamu dijemput untuk menikmati jamuan berbuka puasa dengan pelbagai sajian hidangan yang lazat. 


Pihak Masjid IKRAM mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menjayakan majlis ini!