Pada 23 Januari 2019, Tabung Amanah Zakat IUKL dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Majlis Bantuan Agihan Zakat kepada staf Protasco Berhad dan pelajar IUKL. Lembaga Zakat Selangor telah diwakili oleh Encik Mohd Helmi bin Mohd Nuri, Pegawai Operasi Agihan Sepang. Sebanyak RM65,600 telah dikeluarkan untuk diagihkan kepada seramai 28 orang staf dalam bentuk bantuan persekolahan dan 53 orang pelajar IUKL dalam bentuk bantuan yuran dan sara diri. Bantuan agihan zakat telah disampaikan oleh Prof. Dr. Ideris Zakaria, Presiden dan Naib Canselor IUKL dan ditemani oleh Ustaz Md Sabri Adnan, Ketua Unit Agama IUKL serta dihadiri oleh ahli jawatankuasa zakat IUKL.