Saban tahun, Roadcare (M) Sdn Bhd melancarkan Tabung Infaq Ramadan bermula pada awal Ramadan. Hasil kutipan dan sumbangan daripada kakitangan Roadcare dimasukkan ke dalam Tabung Infaq Ramadan dan seterusnya disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Pejabat Roadcare di setiap wilayah seluruh Malaysia telah mengambil inisiatif ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial tahunan bagi membantu golongan yang memerlukan. Aktiviti pengagihan dan pemberian sumbangan dilakukan oleh pejabat Roadcare di setiap wilayah pada minggu terakhir Ramadhan kepada keluarga-keluarga yang telah dikenalpasti. Semoga bantuan ini sedikit-sebanyak membantu keluarga-keluarga ini dalam mengharungi tempoh mencabar ini.