Sesi persekolahan 2024 akan menjelang tidak lama lagi, bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka, pihak Roadcare melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Bantuan diberikan kepada ahli kariah Masjid Nurul Iman Desa Pahlawan dan juga penduduk Kg Perwira Jaya, Kg Pandan yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim. Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar.