Kejohanan Sukan Kerja Raya 2018 kali yang ke-9 anjuran Kementerian Kerja Raya, JKR Negeri Perak dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah diadakan di Ipoh, Perak pada 14 hingga 17 November 2018. Penganjuran temasya sukan dwitahunan ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya, manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya. Zool Ihsan Md Yunus dari Roadacare (M) Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai Olahragawan SKR 2018 manakala pasukan Bola Sepak 9-Sebelah Roadcare (M) Sdn Bhd telah menjuarai pingat emas setelah mengalahkan pasukan DAL HCM Sdn Bhd di peringkat akhir dengan jaringan 2-0.