Sesi taklimat dan percubaan penggunaan produk Hitex Type 1 – High Friction Surfacing oleh QP Industries Sdn Bhd telah dijalankan pada 22 dan 23 Oktober 2019.

Hitex Type 1, yang merupakan antara produk edaran QP Industries ini telah digunakan dalam projek menaiktaraf infrastruktur keselamatan Jalan Raya bagi Laluan Persekutuan 3 (FT003), Jln Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Pengaplikasian Hitex Type 1 pada permukaan jalan raya dapat menghasilkan permukaan anti-gelincir yang secara tidak langsung menambah baik pengawalan kenderaan terutamanya ketika brek kecemasan dilakukan.

Majlis tersebut disaksikan oleh Jurutera Daerah Setiu, JKR Daerah Setiu serta YBhg Dato’ Ronnie Yap, Pengarah Eksekutif Protasco Trading Sdn Bhd.