Bagi melancarkan proses pengawalan jalan raya dan pengawasan pergerakan, pihak Roadcare (M) Sdn Bhd membantu IPD Sepang pada 4 April 2020, membuka guardrail di seksyen 1.80, FT344, Jalan Kuarters KLIA, daerah Sepang. Pihak Roadcare Selangor juga turut membantu Polis Daerah Gombak dalam mengadakan sekatan jalan raya di Batu 37, Jln Batu Arang serta laluan di Pasar Borong Selayang daerah Gombak Selangor.