Bersempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Roadcare (M) Sdn Bhd telah menjadi penaja utama program Dirgahayu yang disiarkan di TV3 pada 8 Jun 2020, Isnin jam 6.30ptg. Rancangan yang memaparkan khidmat dan bakti Seri Paduka Baginda terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama itu telah menjadi inspirasi kepada semua pemimpin di Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih komited dan berdedikasi