#teamroadcare berjaya melaksanakan Program Biodiversiti bertemakan Roadcare Cakne Penyu dengan kerjasama Ma’Daerah Turtle Sanctuary di mana sebanyak 1300 ekor anak penyu telah dilepaskan oleh peserta dari Ibu Pejabat dan wakil dari Roadcare Malaysia Sdn Bhd – Terengganu Region serta Roadcare Kerteh T2.
Program ini selari dengan komitmen syarikat dalam menerapkan keperluan dan pembangunan kelestarian “Environment, Social & Governance (ESG)” di bawah kategori “Sustainable Development Goals (SDG) 12 – Life Below Water”.
Tujuan program ini adalah bagi memupuk rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaan spesies penyu tempatan yang kian terancam; disamping memberi kefahaman akan kepentingan mengekalkan spesis ini dan mendedahkan peserta ke arah masyarakat yang cakna akan kelestarian alam sekitar terutamanya terhadap ekosistem marin.
Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, YBhg Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar turut berbesar hati menyerahkan mockup sumbangan kepada wakil Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah, Kerteh Terengganu iaitu Encik Abd Halim bin Mat Noor, Ketua Daerah Perikanan di Jabatan Perikanan Kemaman.
“With a big embrace, we can make the world a better place”