Pada tahun ini, Hari Profesion Teknikal Negara 2020 (HPTN) anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) buat julung kalinya diadakan secara maya sepenuhnya bermula 5 Disember 2020 hingga 30 Disember 2020. Bertemakan ‘Masa Depan Adalah Kita’, Roadcare (M) Sdn Bhd meneruskan tradisi dengan menjadi Rakan Strategik penganjuran kali ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan HPTN2020 adalah platfom untuk para profesion teknikal berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman serta memberi pendedahan bidang teknikal kepada masyarakat.
Sambutan HPTN 2020 adalah simbolik bagi menghargai dan mengiktiraf warga profesion teknikal atas sumbangan dalam membangunkan negara.
Sebagai rakan strategik, Roadcare membantu dalam membuat hebahan kepada premis-premis kerajaan serta orang awam seperti pemasangan kain rentang dan promosi program yang dipamerkan pada beberapa buah kenderaan syarikat.