Sebagai inisiatif CSR oleh Roadcare di kawasan Dengkil, kerja-kerja penurapan jalan masuk ke Tanah Perkuburan Islam Dengkil telah disiapkan pada 27 November 2020. Penurapan jalan ini membolehkan penduduk di Mukim tersebut  mendapat akses jalan yang lebih baik ke kawasan perkuburan pada musim hujan dan cuaca yang tidak menentu ini.