Pada 23 Januari 2020, Program Pemantauan Keselamatan Jalan Raya ‘Coffee Break’ telah diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya supaya sentiasa berhati – hati memandu semasa musim perayaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Hasil kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dengan Roadcare (M) Sdn Bhd, sebanyak 200 bungkusan cenderahati telah berjaya diagihkan kepada pengguna jalan alternatif Bentong-Gua Musang di Stesen Minyak Petronas, Tras Bentong, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Pahang, Datuk Othman Nordin. Turut hadir dalam majlis yang sama ialah Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim dan Pengurus Besar Roadcare, Pn. Nafisah Abd Aziz. Program tahunan yang merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat ini akan diteruskan pada setiap musim perayaan.