Pada 14 Ogos 2019, pihak Masjid Ikram IUKL telah melaksanakan program ibadah Korban Aidiladha 1440H bertempat di Masjid Ikram, Unipark Suria. Daing korban daripada 5 ekor lembu telah diagih-agihkan kepada asnaf kakitangan, kakitangan Protasco, ahlijawatankuasa bertugas, serta Jemaah Masjid Ikram.

Seramai 35 orang kakitangan terlibat dalam program korban kali ini. Program bermula seawal 8.30 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari.