Majlis Ibadah Korban Masjid Ikram IUKL bersempena Aidiladha 1445H telah diadakan pada 24 Jun 2024. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Sebanyak 6 ekor lembu dan 1 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan dalam majlis tersebut dengan bantuan Ahli Jawatankuasa Masjid Ikram dan juga staf Protasco Berhad.