Pada 9 hingga 11 Mac 2019, Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2019 telah diadakan di Hotel Equatorial, Pulau Pinang. Majlis perasmian Persidangan Pegawai Kanan JKR pada tahun ini telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Hj. Anuar Tahir bersama-sama Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Sri Ir. Roslan Md Taha.

Persidangan ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang visi, misi dan objektif JKR serta memudahkan proses komunikasi antara pengurusan atasan dan pegawai kanan. Selain itu, persidangan ini juga merupakan platform yang efektif bagi pegawai kanan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat secara kolektif dengan pengurusan atasan.

Roadcare (M) Sdn Bhd dan QP Industries telah turut serta dalam pameran kejuruteraan sepanjang program tersebut.