Pada 7 -9 Julai 2018, pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dan QP Industries Sdn Bhd telah dijemput untuk mengadakan sesi pameran bersempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR tahun 2018 bertempat di TH Hotel & Convention Center, Alor Setar, Kedah. Persidangan tahunan ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada pengarah-pengarah cawangan dan negeri, jurutera-jurutera daerah dan pegawai-pegawai kader dari seluruh negara. SOC 2018 ini telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian.