Pada 16 Februari 2020, Permint Granite – HCM Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato’ Sri Muzaffar Syah selaku Pengarah Eksekutif, diiringi oleh Dato’ Wan Imran Wan Omar selaku Ketua Pegawai Pengurusan. Turut hadir ialah wakil daripada Permint Granite – HCM, Pengarah Syarikat En Ahmad Farid Dato’ Isa, Pengurus Kumpulan, En Rameli Ismail dan Pengurus Akaun Kumpulan, En Yasir Muhammad Fakhruddin.