Sepanjang bulan Disember 2017, Roadcare (M) Sdn Bhd telah menyampaikan anugerah keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada seramai 3 orang staf dari pelbagai zon. Anugerah tahunan ini diberikan kepada staf yang memenuhi kriteria dari aspek pematuhan keselamatan, pemakaian PPE di tempat kerja, kecergasan dan sebagainya. Pada 17 Disember 2017, Encik Zoolamali bin Yusoff daripada RCSB Kelantan telah menjadi wakil untuk menyampaikan anugerah keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi zon negeri Kelantan. Pada 18 Disember 2017, penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Encik Wan Razmin Zainal bin Wan A Rahman dari RCSB Terengganu dan Encik Risyadi bin Irwan dari RCSB Pahang. Manakala di RCSB Selangor, En.Shahril bin Munir telah menyampaikan anugerah pada 22 Disember 2017 bagi zon negeri Selangor.