Majlis Iftar Perdana Masjid IKRAM bersama Protasco Berhad telah berlangsung pada hari Selasa, 4 April 2023 bertempat di Perkarangan Masjid IKRAM, IUKL. Para jemputan terdiri daripada para pelajar IUKL, pekerja Protasco Berhad dan barisan tetamu kehormat. Majlis berbuka puasa itu juga turut meraikan anak-anak yatim dan asnaf dengan sumbangan duit raya.