Pada 27 Mac 2024, IUKL Islamic Centre telah berganding bahu dengan Protasco Berhad untuk menganjurkan acara yang luar biasa, Majlis Iftar Perdana Bersama Protasco, yang diadakan di Masjid Ikram. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu yang dihormati, termasuk Dato’ Sri Ir Chong Ket Pen, Pengerusi Eksekutif Protasco, Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Aseh Bin Hj Che Mat, Canselor IUKL, Prof Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub, Presiden dan Naib Canselor IUKL, Y.Bhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelenggaraan Protasco, bersama ahli Lembaga Tadbir Urus IUKL dan duta dari Yaman dan Maldives.

Majlis dimulakan dengan ucapan mesra dari YBhg. Profesor Dato’ Dr Noor Inayah Binti Ya’akub, Presiden & Naib Canselor IUKL, dan Nazir Masjid Ikram. Berikutan itu, satu Majlis Penyerahan Sumbangan pada Anak-Anak Yatim dan Asnaf telah diadakan. Selain itu, turut diadakan Majlis Sumbangan daripada Roadcare dan sumbangan Wakalah dan Zakat daripada YBhg. Dato’ Muzaffar Shah Bin Abd Rahman, Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd yang diwakili  oleh YBhg Dato Wan Imran Wan Omar.

Para tetamu telah dijamu dengan pelbagai hidangan yang lazat bagi Iftar dan Moreh.