Lawatan ke Kompleks Nasyrul Qur’an, Presint 14 Putrajaya anjuran Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Rekreasi Protasco (KKPro) telah diadakan pada 1 Disember 2018. Seramai 40 orang staf telah menyertai lawatan ke kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia ini dengan tujuan mempelajari dengan lebih dekat tentang percetakan Al-Quran.