JKR Marang & Roadcare Terengganu telah mengadakan Kayuhan Sihat #Zeropotholes pada 29 Julai 2020. Program ini bertujuan untuk memastikan laluan FT003 daerah Marang bebas daripada pothole untuk keselesaan pengguna jalan raya berkenaan.

Aktiviti ini adalah lanjutan daripada perasmian Majlis Menandatangani Aku Janji Sifar Pothole JKR Terengganu yang telah diadakan pada 24 Jun 2020 lalu bertempat di Bilik Gerakan JKR Terengganu.