Karnival Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Se-Malaysia 2019 telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah. Karnival sukan ini telah menghimpunkan sebanyak 1,577  penyertaan dalam kalangan warga JKR seluruh negeri dan syarikat-syarikat konsesi yang mengambil bahagian seperti Roadcare (M) Sdn Bhd, THB Maintanance Sdn Bhd dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd. Sebanyak 10 acara sukan telah dipertandingkan dan berlangsung selama tiga hari dari 22 – 24 Februari 2019.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam teks ucapan perasmiannya yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Frankie Poon Ming Fung di Stadium Likas berkata, karnival itu bukan semata-mata mencari kemenangan dan kejuaraan tetapi juga menjadi platform memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI), Datuk Muis Pico, Setiausaha Tetap (SUT) KPI, Dr Ismail Charles, Ketua Pengarah JKR Malaysia, Dato’ Sri Ir Dr Roslan Md Taha, dan Pengarah JKR Sabah, Ir Richard Jomiji.

Roadcare (M) Sdn Bhd telah menghantar atlet-atlet terbaik untuk menyertai sukan Bola Sepak, Tenpin Boling dan Golf.