Pada 31 Mei 2018, majlis Iftar Perdana 1439H telah diadakan bertempat di Masjid Ikram, Unipark Suria. Turut diraikan adalah anak yatim dari Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang dan juga semua kakitangan Protasco. Sumbangan berbentuk perbelanjaan untuk bantuan uniform, duit raya, barangan keperluan raya berjumlah RM8,000 telah disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia dan disampaikan oleh Tan Sri Hadenan bin A Jalil, Pengerusi Protasco Berhad. Unit Zakat IUKL telah mengeluarkan RM20,200 untuk diagihkan kepada 51 orang penerima bantuan zakat edisi Ramadhan dalam kakitangan Protasco. Selain itu, unit zakat juga telah memberi bantuan khas berjumlah RM1,000 kepada seorang staf IUKL untuk tujuan rawatan susulan perubatan.