Hari Inovasi JKR 2018 bertemakan ‘Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)’ telah diadakan pada 1 – 2 Oktober 2018 bertempat di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan. Turut berlangsung ialah pameran inovasi dan industri yang disertai oleh Roadcare (M) Sdn Bhd sebagai pempamer bahagian teknikal dan produk binaan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Mohd Anuar Mohd Tahir. Hari Inovasi JKR 2018 juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Dato’ Sri Zohari Akob dan Ketua Pengarah JKR, YBhg Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha.