Pada 13 Januari 2019, Protasco Berhad melalui anak syarikatnya, Roadcare (M) Sdn Bhd telah menyertai pameran bersempena Hari Inovasi JKR Pahang 2018 bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, Pahang.

Bertemakan “Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0”, program ini diadakan sebagai platform perkongsian idea kreatif dan inovatif seterusnya melonjakkan prestasi pekerja dalam bidang kerja raya. Selain program penganugerahan inovasi, pesara JKR Pahang juga diraikan melalui majlis penyampaian sijil dan hadiah.

Anugerah yang dipertandingkan sempena Hari Inovasi JKR Pahang 2018 adalah Anugerah Kontraktor Cemerlang, Anugerah Harapan Inovasi, Anugerah Tokoh JKR Pahang 2018, Anugerah Khas (Walkabout Terbaik) dan Anugerah Pertandingan Inovasi JKR Pahang 2018. Penganugerahan ini diadakan selaras dengan objektif memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada sesebuah inovasi yang dihasilkan oleh perekacipta. Pada majlis yang sama, penyampaian Watikah Pelantikan KIK 2019 turut disampaikan

Majlis dan lawatan ke booth pameran teknikal oleh peserta-peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta telah disempurnakan oleh Dato’ Ir Haji Abdul Jalil Bin Mohamed, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.