Sepanjang 18 April sehingga – 20 April 2020, Pajabat Roadcare Timur dan Tengah telah menyampaikan sumbangan makanan kepada ‘frontliners’ di pos-pos kawalan bagi setiap daerah. Roadcare Kelantan telah menyampaikan sumbangan untuk pos kawalan sekitar daerah Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu.

Roadcare Pahang turut menyampaikan sumbangan makanan kepada PDRM dan ATM di kawasan lipis, cameron, kuantan dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala di Terengganu, sumbangan makanan diberikan kepada pos-pos kawalan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.