On 1st of July 2019, Protasco Champions officially starts work at 8.30am in the morning instead of the usual 8.15am.

This adjustment gives the staff an additional 15 minutes before they need to clock in, in the morning, without having to replace the lost minutes at the end of the day.

The decision to amend the working hours is a progressive action by the management after a counsel with the Group Managing Director, Dato’ Sri Ir Chong Ket Pen.  We see how a modern management begins to weigh working hours against effective deliveries. Indirectly too, this is among the non-monetary rewards that the organisation can give back to the staff.

As a point of interest, when Protasco Group first began operations in 1997, we were working on a 6 day week from Mondays to Saturdays. The working hours then were from 8.30am to 5.00pm daily with half days on Saturdays ending at 1pm.

Then sometime in the late 1990s, there was a pattern shift from 6 day work week to 5 day work week in the whole nation.  Protasco decided to jump on the band wagon towards a 5 day week.  It was a decision most welcomed by Protasco staff then, that they did not mind increasing the daily hours by 45 minutes.  15 minutes were added in the morning and additional 30 minutes at the end of the day, to accommodate a 5 day work week.  And that was how the Protasco working hours became an 8.15am – 5.30pm workday.  Staff were very happy as their weekends begin earlier and they have the whole weekend now to spend with their families and to do their own things. The management was also very happy as it was a start towards encouraging a healthy work life balance for the employees by the organisation. The Human Resource department also found that staff productivity did not reduced due to the lesser working days and in fact the organisation was able to reduce some electricity cost.

Now, as technology and working systems improve, organisation will see that staff can still deliver effectively even if they are not in the office. Happy employees are 12% more productive (according to a 2015 study by the University of Warwick) as they would be able to give back to the organisation.

The 15 minutes deduction from work hours should not see a reduction in productivity, if staff continues to work as they have.  This is provided however that everyone strictly observes the working hours.

Let us appreciate these little efforts by the organisation to reward its staff.  Respect the new working hours. Do not plan to start your journey for work 15 minutes later than usual just because clocking hours have become 15 minutes later. It would only cause a domino effect and you will still risk being late.  Use the extra 15 minutes you have now to settle in and make your coffee or have your breakfast as soon as you can.  You will be more relaxed and will eventually be more appreciative of that extra 15 minutes. Protasco will have a happy group of Champions.

 

15 minit masa bekerja dipendekkan, 12% lebih produktif! Penghargaan Protasco buat para pekerja

Bermula 1 Julai 2019, secara rasminya waktu bekerja untuk Protasco Champion bermula pada jam 8.30 pagi, berbanding 8.15 pagi sebelum ini.

Pelarasan waktu bekerja baharu ini memberikan masa tambahan 15 minit sebelum memulakan tugas tanpa perlu untuk menggantikannya selepas jam 5.30 petang.

Keputusan untuk memendekkan waktu bekerja ini merupakan satu langkah progresif yang diambil oleh pihak pengurusan setelah perbincangan bersama dan mendapat kelulusan Pengarah Urusan Syarikat, Dato’ Sri Chong Ket Pen. Dapat diperhatikan bahawa pengurusun organisasi pada zaman kini mula menilai dan mendengar cadangan para pekerja serta memberi fokus kepada penyampaian kerja yang efektif berbanding waktu kerja yang panjang. Langkah ini secara tidak langsung dilihat sebagai ganjaran yang tidak akan sesekali merugikan syarikat, malahan hadiah yang bermakna buat para pekerja.

Sebagai makluman, ketika Kumpulan Protasco mula beroperasi pada tahun 1997, waktu bekerja ketika itu adalah 6 hari seminggu, Isnin hingga Sabtu, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Manakala separuh hari bekerja hingga jam 1 tengah hari untuk hari Sabtu.

Terdapat perubahan dasar seluruh Malaysia dalam lewat 1990-an menjadikan waktu bekerja mula berubah dari 6 hari ke 5 hari seminggu. Protasco juga turut sama menyahut perubahan yang dijalankan oleh kerajaan. Langkah ini diterima baik oleh para pekerja, walaupun waktu bekerja harian terpaksa ditambah sebanyak 45 minit (15 minit pada awal pagi dan tambahan 30 minit pada sebelah petang) dan menjadikan waktu bekerja 8.15 pagi hingga 5.30 petang. Langkah ini dialu-alukan oleh para pekerja kerana hari minggu mereka tidak lagi terganggu dan mereka mempunyai masa yang lebih panjang untuk bersama keluarga. Pihak pengurusan juga bersetuju dan tidak mempunyai masalah dalam pelaksanaan waktu bekerja yang sedikit panjang, setidak-tidaknya masih ada berbaki 2 hari yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang. Pihak Jabatan Sumber Manusia juga melihat perkara ini sebagai satu  langkah yang baik. Produktiviti para pekerja tidak sedikitpun berkurangan, malahan ia dilihat langkah yang baik dalam kita mengurangkan penggunaan sumber elektrik di pejabat.

Kini, setelah teknologi dan sistem bekerja  bertambah baik, sesebuah organisasi boleh melihat bahawa penyampaian kerja adalah masih lagi cekap dan efektif walaupun para pekerja tidak berada di pejabat. Pekerja yang bahagia adalah pekerja yang boleh bertugas 12% lebih produktif (kajian oleh University of Warwick pada tahun 2015) sebagai bakti yang diberikan semula kepada organisasi tempat bekerja. Pemotongan 15 minit waktu bekerja tidak akan dilihat sebagai langkah yang akan mengurangkan produktiviti sekiranya para pekerja dapat memanfaatkan sepenuh masa bekerja sebaik-baiknya.

Marilah bersama-sama menghargai usaha ini walaupun ia mungkin kecil, setidak-tidaknya ia adalah langkah baik yang berupa ganjaran buat semua. Tidaklah perlu untuk anda semua bercadang meninggalkan rumah 15 minit lebih lambat dari kebiasaan, kerana ia akan memberi kesan berangkai yang memungkinkan anda tiba lebih lewat di tempat kerja. Gunalah 15 minit ini sebagai masa tambahan untuk bersarapan dan melepas lelah seketika sebelum memulakan hari anda di syarikat. Dengan ini, anda akan lebih menghargai 15 minit tersebut. Protasco pasti akan diceriakan oleh para pekerja (Champion) yang lebih gembira dan bertenaga!