Ketika persidangan itu berlangsung, Roadcare menerima kunjungan dan penyerahan sijil penyertaan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MRC 2024 diiringi YBhg. Dato’ Sazali Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Kunjungan tetamu VIP ini disambut oleh Encik Nikifli Nurizan bin Nik Saad, Pengurus Besar Operasi Roadcare dan Tuan Haji Shahril bin Munir, Pengurus Roadcare Wilayah Selangor.
Majlis penutup pada hari ketiga persidangan tersebut disempurnakan dengan perasmian penutup oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan beserta majlis penyampaian anugerah dan cabutan bertuah.