Roadcare (M) Sdn. Bhd. telah dianugerahkan penarafan 5 Bintang oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuat kuasa mulai 24 September 2025 untuk tempoh dua tahun.

Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen Roadcare dalam mengekalkan kecemerlangan operasi, pematuhan standard industri serta peranan kami dalam menyokong pembangunan infrastruktur negara.

Tahniah Roadcare dan jutaan terima kasih diucapkan kepada CIDB Malaysia atas kepercayaan yang diberikan.