Bencana banjir yang melanda negara pada tempoh hari turut menimpa beberapa keluarga kakitangan Protasco Berhad. Bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah, Presiden dan Naib Canselor IUKL, Prof Dato Dr Noor Inayah Ya’akub selaku Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Jawatankuasa Induk Tabung Amanah Zakat IUKL telah menyerahkan cek berjumlah RM16,000 kepada Pengurus Besar Sumber Manusia, Protasco Berhad, Puan Zarina Daud, pada 23 Disember 2021. Dana tersebut adalah merangkumi kutipan zakat dan tabung Masjid Ikram hasil sumbangan warga Protasco Berhad serta orang ramai.