Pada 25 dan 26 Disember 2021, JKR bersama pihak-pihak konsesi penyenggaraan jalan di Lembah Klang telah berganding bahu dalam Misi Bantuan Bencana Banjir JKR 2021/2021 bertempat di Kampung Bukit Changgang, Dengkil. Roadcare (M) Sdn Bhd diketuai oleh Dato’ Wan Imran Wan Omar turut membantu bersama-sama untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir mengikut pecahan kumpulan.