Pada 29 Disember 2021, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar menyantuni kakitangan Roadcare di daerah Bentong, Pahang yang terlibat dalam bencana banjir diiringi oleh Encik Nikifli Nurizan Bin Nik Saad selaku Pengurus Besar Operasi Roadcare (M) Sdn Bhd.

Turut serta dalam program ini adalah wakil daripada syarikat induk, Puan Zarina Daud, Pengurus Besar Sumber Manusia Protasco Berhad.

Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Bantuan Bencana Banjir ini diteruskan kepada Kakitangan Roadcare kawasan Pahang Barat.