Roadcare (M) Sdn. Bhd. telah melaksanakan Program CSR berbentuk gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam di daerah Rompin, Pahang.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Roadcare Malaysia Sdn. Bhd. – Wilayah Pahang dan Roadcare Wilayah Terengganu, sekali gus menggabungkan semangat kesukarelawanan dengan minat pegawai serta kakitangan terhadap aktiviti permotoran.

Diharapkan usaha murni ini dapat meringankan beban komuniti setempat serta memberi manfaat kepada penduduk Kampung Pantai Bernas.