Sekitar Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 yang bertujuan memperkenal dan memantau keadaan jalan serta kerja-kerja pembinaan di jalan-jalan persekutuan diteruskan lagi pada tahun ini bermula dari 11 – 13 Ogos 2022. Upacara “Flag-Off” telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hj Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur.

 

Lokasi 1: FT55, Tinjauan Pemasangan Jambatan Bailey, Sungai Teras, daerah Raub.

Lokasi 2: FT08, Tinjauan Pembaikan Jalan Runtuh di Jalan Benta – Lipis, daerah Kuala Lipis.

Lokasi 3: Persingahan di Eco Viaduct, Sg. Yu, daerah Kuala Lipis.

Lokasi 4: Tinjauan Projek Penggantian Jambatan FT008/342/80, Sg. Durian, daerah Kuala Krai.