Pada 22 Oktober yang lalu, Ikram Works Sdn Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Forum Anti Rasuah dan Pengurusan Perolehan Terbaik bersama Profesional Kejuruteraan Tahun 2025.

Forum tersebut dimulakan dengan pembentangan oleh PKPj Westmoreland anak Ajom dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, diikuti oleh Dato’ Ir. Ts Haji Mohd Taufik Bin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif IKRAM Works Sdn Bhd. Topik yang diketengahkan adalah Pengurusan Perolehan Dan Liabiliti Dalam Organisasi, dan Tatacara Tadbir Urus Perolehan Dan Langkah Kawalan Syarikat

Forum yang dihadiri kira-kira 50 orang peserta termasuk jurutera-jurutera di IKRAM Works Sdn Bhd ini diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah, dipimpin oleh Dato’ Taufik Haron sebagai komitmen untuk terus memartabatkan budaya integriti serta mematuhi undang-undang anti rasuah yang berkuat kuasa.