Roadcare (M) Sdn Bhd bersama DAL HCM Sdn Bhd, Empayar Indera Sdn Bhd dan Permint Granite-HCM Sdn Bhd telah menerima Anugerah Booth Terbaik sempena Persidangan Pegawai Kanan JKR Se-Malaysia 2025 yang berlangsung dari 13 hingga 15 Julai 2025 di Hotel RAIA, Kuala Terengganu. Anugerah ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, sebagai penghargaan terhadap usaha dan komitmen tinggi pasukan terlibat.

Persidangan ini turut dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, yang turut melawat reruai Roadcare diiringi oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan pengurusan tertinggi JKR.