Majlis penyerahan Sumbangan Bencana Banjir JKR Malaysia telah diadakan pada 22 Disember 2021 di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya. Penyerahan cek untuk bantuan banjir ini merupakan inisiatif Roadcare (M) Sdn Bhd di bawah program kelolaan Kementerian Kerja Raya bagi membantu mangsa banjir.
Dalam satu program yang lain, Roadcare (M) Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Teknikal, Puan Nafisah Abd Aziz, telah menyerahkan sumbangan bencana banjir kepada Ustaz Burhan, Timbalan Pengerusi Surau Kementerian Kerja Raya.




