Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) merupakan wadah bagi menghargai jasa para profesion teknikal atas sumbangan besar mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan pemodenan negara yang meliputi pelbagai bidang teknikal antaranya kejuruteraan, astronomi, sains, teknologi, pembinaan, senibina, ukur dan sebagainya.
Program yang membawa tema “Menggerakkan Negara Melangkaui Aspirasi” akan bermula seawal 15 November 2021 dan kemuncak sambutan adalah pada 4 – 7 Disember 2021.
Pada 22 November 2021, telah diadakan Majlis Pra-Pelancaran Peringkat Kebangsaan HPTN oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara yang bertempat di Tingkat 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahudin, Kuala Lumpur.
Roadcare (M) Sdn Bhd merupakan Rakan Strategik kepada HPTN 2021.




