Pada 25 November 2021, JKR Selangor telah mengadakan perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan bertempat di ruang lobi Ibu Pejabat JKR Selangor. Program ini diadakan bertujuan membuka ruang seluasnya kepada masyarakat untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan JKR.
Roadcare(M) Sdn Bhd telah dijemput untuk bersama sama pihak JKR Selangor bagi menjayakan program ini.




