Pada 26 dan 27 Julai 2018, Biro Rekreasi dan Biro Sukan di bawah Kelab Kebajikan Protasco (KKPro) telah mengadakan acara tahunan, Protasco Fun & Fear bertempat di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Berkonsepkan tema ‘Seekers of Rhythm’ pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang dua hari tersebut. Johan keseluruhan Fun & Fear pada tahun ini disandang oleh kontinjen Scorpion, diikuti oleh Wolf di tempat kedua, Eagle di tempat ketiga dan Jaguar di tempat keempat.




