Team Park Inn by Radisson Putrajaya bersama Protasco Development dan HCM Engineering telah menyantuni warga Pusat Jagaan Al-Fikrah, Sungai Sekamat, Kajang, Selangor pada 8 Oktober 2025. Kunjungan kali ini bukan sahaja memberi sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas tetapi turut meluangkan waktu melakukan aktiviti bersama.

Penghuni yang terdiri dari warga emas dan warga kurang upaya menyambut rombongan penuh ceria. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa disusuli senam pagi.

Selesai senam pagi, ayahbonda dan penghuni bersama sukarelawan menjalankan aktiviti permainan seperti congkak, dam, jigsaw, karom dan jenga. Menceriakan lagi suasana adalah sesi cabutan bertuah di mana setiap penghuni diberikan hadiah peribadi oleh setiap peserta program.

Makan tengahari istimewa turut menanti masakan Chef Faizul dan team buat semua menjamu selera. Beberapa warga emas turut menghadiahkan beberapa lagu dendangan mereka khas buat tetamu.

Terima kasih Pusat Jagaan Alfikrah Malaysia yang sudi menerima kunjungan kami bagi mewarni hari yang cukup bermakna ini.

Juga sekalung terima kasih buat Prestige Travel yang berbesar hati menaja bas buat program ini.