Dalam menghidupkan semangat Ihya’ Ramadan, Masjid IKRAM telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk yang bertujuan menyemai nilai keprihatinan serta mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.
Inisiatif ini bukan sekadar mengagihkan bubur lambuk sebagai salah satu juadah berbuka puasa tetapi juga menghidupkan semangat berkongsi rezeki dan memberi manfaat kepada orang lain. Masjid IKRAM terus komited dalam menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan bagi memastikan Ihya’ Ramadan disambut dengan penuh keberkatan dan makna.




